Topik diikuti
Pergi ke BHkuKetua Taleban dipercayai mati dalam serangan dron AS

May 23, 2016 | 5:30 AM
Ketua Taleban dipercayai mati dalam serangan dron AS
WASHINGTON: Ketua kumpulan Taleban, Mullah Akhtar Mansour, besar kemungkinan terkorban dalam serangan dron Amerika Syarikat di sebuah kawasan terpencil di Pakistan, dekat sempadan Afghanistan, kelmarin.
Serangan udara itu, yang diluluskan Presiden Barack Obama, juga mengorbankan nyawa seorang lagi lelaki dewasa sedang kededua mereka menaiki kenderaan menghala ke bandar Ahmad Wal. Namun, tiada orang awam yang cedera atau terkorban.