Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua tentera Australia minta maaf pada ketua tentera Indonesia berkaitan bahan latihan 'menghina'

Feb 09, 2017 | 11:16 AM



JAKARTA: Ketua Tentera Australia, Leftenan Jeneral Angus Campbell, melakukan kunjungan ke atas ketua angkatan tentera Indonesia, Jeneral Gatot Nurmantyo, pada Rabu (8 Feb) untuk memohon maaf berkaitan bahan latihan yang ditemui di sebuah pangkalan tentera di Perth yang menyinggung Indonesia.



Jeneral Gatot menggantung semua kerjasama ketenteraan dengan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) pada 29 Dis, dilaporkan selepas seorang askarnya menemui bahan itu semasa satu latihan bersama awal bulan itu.



Angkatan Khas Indonesia kerap berlatih bersama Rejimen Khidmat Udara Khas Australia, yang berpangkalan di Berek Campbell di Perth.



Pada Rabu (8 Feb), Leftenan Jeneral Campbell melawat ibu pejabat tentera Indonesia (TNI) di Cilangkap, Jakarta Timur, dan memberi taklimat kepada Jeneral Gatot mengenai perkara terkini berkaitan siasatan Australia ke atas kejadian itu.



Beliau memberitahu Jeneral Gatot ADF telah menggantung modul latihan berkaitan Indonesia dan kini dalam proses mengkaji semula kakitangan terlibat. Menurut kenyataan oleh TNI yang dikeluarkan pada Rabu malam, ADF juga telah menghumum kakitangan bertanggungjawab bagi insiden itu.



Jeneral Gatot mengucapkan terima kasih atas respons ADF yang mahu menyelesaikan isu itu tetapi tidak mengumumkan penyambungan kerjasama ketenteraan antara dua negara itu.



TNI berkata Jeneral Gatot akan membincangkan perkara itu dengan Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu dan Menteri Luar Retno Marsudi, sebelum memberi taklimat kepada Presiden Joko Widodo.



Perbalahan antara angkatan tentera itu menyusuli hubungan dua hala lebih baik selepas lawatan oleh Perdana Menteri Australia, Encik Malcolm Turnbull, ke Jakarta hanya lebih setahun lalu.



Ia berlaku selepas seorang askar Angkatan Khas Indonesia mendakwa beliau melihat bahan-bahan kursus yang digunakan semasa latihan di Perth yang meremehkan TNI dan ideologi negara Indonesia, Pancasila.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >