Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua tentera laut AS, China akan bincang mengenai Laut China Selatan

Oct 29, 2015 | 01:34 PM



BEIJING/WASHINGTON: Tentera laut China dan Amerika Syarikat siap mengadakan perbincangan peringkat tinggi mengenai ketegangan di Laut China Selatan, selepas sebuah kapal perang Amerika mencabar tuntutan wilayah Beijing di perairan yang dipertikai itu.


Ketua operasi tentera laut Amerika, Laksamana John Richardson, dan rakan sejawatannya dari China, Laksamana Admiral Wu Shengli, akan mengadakan telepersidangan video pada Khamis (29 Oktober), kata seorang pegawai Amerika.


Dua pegawai itu memulakan mesyuarat tersebut bagi membincangkan operasi baru-baru ini di Laut China Selatan serta hubungan tentera laut, kata pegawai itu.


Ia akan menjadi telepersidangan video ketiga antara ketua tentera laut Amerika dan China.


Pada Selasa (27 Okt), kapal perang USS Lassen Amerika memasuki dalam kawasan 12 batu nautika dari terumbu Mischief dan Subi di kepulauan Spratly, yang dituntut beberapa negara.


Ini cabaran langsung terhadap tuntutan wilayah yang dilakukan China dengan membina beberapa pulau di kawasan itu, yang tidak diiktiraf Amerika.


Dua kapal China mengekori kapal pemusnah peluru berpandu Amerika itu, tetapi kejadian tersebut berakhir tanpa sembarang insiden.


Beijing telah memanggil duta Amerika untuk membantah.


"Kedua-duanya, baik Amerika Syarikat mahupun China, tidak mahukan konflik ketenteraan, tetapi masalah utama ialah kepentingan teras kedua-dua pihak bertembung di Laut China Selatan," kata Dr Ni Lexiong, seorang pakar tentera laut di Universiti Sains Politik dan Undang-Undang Shanghai.


"Sukar untuk melihat mana-mana pihak berundur."


Secara berasingan, akhbar bahasa Inggeris China Daily melaporkan bahawa komander tentera Amerika di Pasifik, Laksamana Harry Harris, akan melawat Beijing minggu depan. Ia memetik sumber yang tidak dinamakan dan tidak memberikan butiran lanjut.


Jurucakap kedutaan Amerika enggan mengulas.


Laksamana Harris sangat kritikal mengenai langkah China membina pulau di Spratly.


China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >