Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Tentera Thai gesa semua bertenang

Jan 21, 2014 | 06:10 PM



BANGKOK: Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha, hari ini menggesa semua pihak supaya bertenang menyusuli beberapa serangan terhadap para pembantah anti-kerajaan di Bangkok yang sejauh ini telah mengorbankan satu nyawa dan mencederakan sekitar 70 orang.


Bahkan, ia telah mendorong pihak berkuasa untuk menimbangkan pengisytiharan darurat di negara itu, kali pertama ia mungkin dilaksanakan sejak 2010.


Laman Bangkok Post juga melaporkan pihak tentera telah meningkatkan amaran kemungkinan berlakunya lebih banyak keganasan di lokasi bantahan anti-kerajaan, setelah para perisik menemui senjata dan bahan letupan dibawa masuk ke Bangkok.


Namun, pihak tentera belum mengenalpasti sebarang kumpulan terlibat.


Sementara itu, laman The Nation melaporkan jurang antara polis dan tentera Thailand semakin melebar setelah Jeneral Prayuth mengarahkan ketua polis nasional, Jeneral Polis Adul Sangsingkaew agar mempercepatkan siasatan berhubung serangan yang berlaku baru-baru ini.


Komander Tentera Laut Perang Khas, Laksamana Winai Klom-in, pula mengancam menyaman polis kerana menuduh tanpa bukti seorang pegawai tentera laut terlibat dalam serangan bom Ahad lalu. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >