Jakarta: Ketua Umum Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Encik Muhaimin Iskandar, tidak berminat mengisi jawatan sebagai Naib Presiden Indonesia, kata Pengerusi PKB, Encik Abdul Wahid Mahtub.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Encik Muhaimin dan beliau mengesahkan kepada saya bahawa beliau tidak berminat menjadi Wapres (Wakil Presiden). Encik Muhaimin mahu menumpukan perhatian kepada kepentingan parti dahulu untuk menjadikan PKB parti yang lebih besar pada masa hadapan," jelas Encik Abdul Wahid yang ditukil agensi berita Antara semalam.