Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keuntungan Saudi Aramco naik, catat $66b susuli harga minyak tinggi

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



RIYADH: Saudi Aramco telah mencatatkan keuntungan suku tahunan terbesar berbanding syarikat-syarikat disenarai di bursa saham di seluruh dunia didorong harga minyak mentah dan pengeluaran yang tinggi.



Aramco mengikuti jejak syarikat-syarikat pesaing minyak yang besar yang turut melaporkan lonjakan dalam keuntungan mereka.



Menurut syarikat yang dikawal oleh kerajaan Saudi, pendapatan bersih meningkat kepada 181.64 bilion riyal ($66.3 bilion) pada suku kedua, naik daripada 95.47 bilion riyal tahun sebelumnya.



Keuntungan itu telah menandingi anggaran penganalisis syarikat sebanyak AS$46.2 bilion ($63.4 bilion).



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aramco, Encik Amin Nasser, menyatakan bahawa permintaan minyak sejagat adalah sihat, dan kelonggaran sekatan Covid-19 oleh China dan peningkatan dalam industri penerbangan boleh menambahkan permintaan.



"Terdapat permintaan yang sihat dengan kapasiti lebihan yang sangat terhad pada masa ini," kata Encik Nasser yang turut menekankan panggilan untuk pelaburan yang lebih global dalam sektor hidrokarbon untuk memenuhi permintaan masa depan.



Syarikat itu menggunakan pendapatan hasil durian runtuh itu untuk mengurangkan hutang dan melabur dalam pengembangan besar kapasiti pengeluaran.



Aramco berharap permintaan untuk minyak dan bahan kimia akan kekal tinggi walaupun dunia kelihatan beralih daripada bahan api.



Syarikat-syarikat tenaga mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat pada separuh pertama tahun ini.



Pencerobohan Russia ke atas Ukraine mengeruhkan pasaran, membuat harga minyak mencapai melebihi AS$100 setong dan menyebabkan margin penapisan melambung tinggi, manakala Aramco meraih manfaat daripada kedua-dua pengeluaran yang tinggi dan harga jualan.



Firma seperti Exxon Mobil dan Shell juga meraih pendapatan rekod dalam suku kedua.



Ini walaupun keprihatinan telah memuncak tentang akibat perubahan iklim, yang telah mencetuskan gelombang kemarau dan banjir di Hemisfera Utara pada musim panas ini.



Selain daripada keprihatinan mengenai perubahan iklim, harga minyak mentah yang melambung telah menyebabkan ramai pemimpin barat menyeru Arab Saudi untuk mengepam lebih banyak minyak bagi membantu menangani inflasi global.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengunjungi Jeddah bulan lalu untuk meminta rangsangan dalam keluaran minyak.



Namun Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec)+ telah mengambil hanya tindakan sederhana sahaja.



Pada mesyuarat terakhir, kumpulan yang diterajui Arab Saudi itu bersetuju dengan peningkatan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari (bpd) kerana ia bimbang mengenai kapasiti lebihan yang semakin berkurangan.



Aramco mengekalkan dividen suku tahunannya, iaitu sumber pendapatan penting bagi negara itu, kepada AS$18.8 bilion.



Ini tidak seperti kebanyakan syarikat utama Barat, yang meningkatkan pembayaran kepada pemegang saham.



Suku ini mungkin menandakan titik yang tinggi untuk Aramco.



Walaupun Brent mentah dalam purata AS$112 setong antara April dengan Jun, ia telah jatuh di bawah AS$95 akibat ekonomi Amerika dan Eropah yang lebih perlahan dan China mengenakan penutupan akibat Covid-19.



Namun, Arab Saudi meningkatkan pengeluaran bersama-sama anggota lain dari pertubuhan negara-negara pengeksport petroleum dan sekutu mereka.



Negara itu menyuntik 10.5 juta tong minyak mentah pada suku kedua dan meningkatkan angka itu kepada hampir 11 juta pada Julai dan menghadapi tekanan Amerika dan lain-lain pengimport utama untuk meningkat lebih tinggi lagi, walaupun beberapa penganalisis meragui ia mempunyai kapasiti lebihan yang banyak.



Encik Nasser mengatakan bahawa Aramco tidak akan mempunyai masalah untuk menghasilkan 12 juta tong sehari jika diminta oleh kerajaan Arab Saudi.



Syarikat itu juga sedang berusaha meningkatkan kapasiti mampan maksimum minyak mentah daripada 12 juta tong sehari kepada 13 juta tong sehari menjelang 2027.



Ia juga boleh mempunyai sejuta bpd lagi yang disediakan untuk eksport menjelang 2030 kerana negara ini melihat untuk menggantikan stesen janakuasa pembakaran minyak mentah dengan gas serta kuasa yang boleh diperbaharui.



Aramco disenaraikan di Riyadh pada 2019, walaupun ia masih 94 peratus milik negara.



Harga sahamnya telah naik 25 peratus tahun ini, menjadikan nilai pasarannya sebanyak AS$2.4 trilion. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >