KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menegaskan beliau akan mempertahankan 'Aku Janji' Barisan Nasional (BN) tidak akan menaikkan kadar tol.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pengarah urusan Plus Malaysia Berhad (Plus), Datuk Noorizah Abd Hamid, yang berkata mereka sedang menunggu keputusan kerajaan menaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus tahun depan.