Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy: Rakyat M'sia banyak habis masa untuk 'isu bodoh'

Dec 30, 2015 | 04:27 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin berkata, rakyat negara ini terlalu banyak menghabiskan masa untuk "isu-isu bodoh".


Beliau merujuk struktur binaan bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib di Langkawi yang kini sedang dibaiki.


Perkara itu diluahkan Encik Khairy di Twitternya dengan turut menyertakan gambar beliau "berselfie" di kawasan perumahan teres yang dilanda kontroversi itu.


"Rumah-rumah yang ada 'salib' di Langkawi. Sekarang dicat semula selepas kekecohan.


"Kita membuang terlalu banyak masa untuk isu-isu yang bodoh," katanya.


Berdasarkan gambar berkenaan, simbol 'salib' itu dicat dengan warna coklat bagi memadankannya dengan warna jubin bumbung rumah tersebut.


Manakala hanya satu bahagian sahaja yang dibiarkan berwarna putih.


Minggu lalu, gambar-gambar rumah yang baru dibina berhampiran Taman Sri Langkawi dan Kampung Bakau yang menular di media sosial.


Apabila dilihat dari laut, ciri putih di sepanjang bumbung berjubin coklat itu mewujudkan gambaran deretan salib putih menghadap ke laut.


Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Perumahan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, Majlis Daerah Langkawi mengadakan mesyuarat dengan syarikat perumahan di Langkawi itu semalam bagi memperbetulkan struktur binaan pada bahagian bumbung itu. - Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >