Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khalid: Ada pemimpin kanan PKR mahu pengaruhi aset air

Feb 28, 2014 | 03:05 PM



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mendedahkan terdapat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mempengaruhi penilaian aset air negeri itu, lapor The Star Online.


Menurut Tan Sri Khalid, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang cuba untuk membuat kes mereka mengenai mengapa penentuan harga aset air perlu lebih tinggi.


"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama bahawa saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion ($3.72 bilion).


"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," katanya dalam temuramah bersama The Star semalam.


Khalid juga menjelaskan mengapa mekanisme daripada perjanjian itu tidak dapat didedahkan kepada pihak dalaman mahupun di luar parti sebelum perjanjian itu ditandangani bersama Kerajaan Persekutuan pada Rabu.


Beliau menegaskan bahawa maklumat itu sekiranya didedahkan, akan memberi kesan kepada nilai saham berkaitan dengan aset-aset air.


"Saya juga mengambil berat mengenai kemungkinan penyebaran maklumat yang tidak benar dan urusan pihak dalaman.


"Ini adalah sebab-sebab mengapa pemimpin-pemimpin PKR tidak dimaklumkan lebih awal sebelum menandatangani perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan," katanya.


Khalid berkata, beliau tidak memberitahu pemimpin partinya berikut beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.


Rabu lalu, Kerajaan Persekutuan dan Selangor akhirnya menemui titik untuk bekerjasama mengenai syarat-syarat yang akan memudahkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air di negeri itu.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang akhirnya mengakhiri kebuntuan selama lima tahun ke atas pelaksanaan projek-projek air di negeri yang paling maju di Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >