Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Khalid Samad dibebaskan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Khalid Samad dibebaskan

Mar 29, 2015 | 06:12 PM

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Parti Agama SeMalaysia (PAS) bagi kawasan undi Shah Alam, Encik Khalid Samad, telah dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan 'Kita Lawan' semalam.

Peguamnya, Cik Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan,

"Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur," katanya kepada Malaysiakini.

Encik Khalid disiasat bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Anggota Parlimen Batu, Encik Tian Chua, turut dibebaskan hari ini selepas diikat jamin, kata Cik Michelle.

Sebelum itu, peguam, Cik Latheefa Koya berkata, polis gagal mendapatkan perintah reman untuk terus menahan Encik Khalid dan dua lagi mahasiswa yang ditahan susulan perhimpunan sama.

Justeru, ketiga-tiga mereka akan dibebaskan, kata Cik Latheefa. - Malaysiakini

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3