Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Khidmat baru kereta api ulang-alik Woodlands-JB Sentral bermula 1 Julai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Khidmat baru kereta api ulang-alik Woodlands-JB Sentral bermula 1 Julai

Jun 16, 2015 | 06:23 PM

KHIDMAT baru kereta api ulang-alik antara Woodlands dan JB Sentral akan dilancarkan pada 1 Julai ini, kata pengedali Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Diberi nama Shuttle Tebrau, perkhidmatan tersebut akan menawarkan 14 perjalanan setiap hari - tujuh dari Stesen JB Sentral dan tujuh dari Stesen Woodlands.

Tambang satu hala dari Woodlands sebanyak $5, manakala tambang dari JB Sentral berharga RM5 ($1.79).

Dalam kenyataannya KTM berkata khidmat tersebut disediakan untuk penumpang yang membuat perjalanan ulang-alik setiap hari.

"Ia juga usaha untuk mengurangkan kesesakan jalan raya terutama semasa waktu-waktu sibuk di Koswe Johor," kata KTM.

Khidmat ulang-alik itu akan bermula dari Stesen JB Sentral sekitar 5.30 pagi dengan kereta api terakhir bertolak sekitar 10 malam.

Dari Stesen Woodlands, perkhidmatan bermula sekitar 6.30 petang dan berakhir sekitar 11 malam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3