PERKHIDMATAN kesihatan di Sri Lanka hampir lumpuh, dengan krisis ekonomi di negara itu semakin parah.
Padahal, sebelum ini "sistem penjagaan kesihatan di Sri Lanka cukup baik, tetapi kini amat mengecewakan," kata seorang peguam yang sudah bersara, Encik Zarook M Casim, kepada Berita Harian ketika dihubungi baru-baru ini.