BEIRUT: Tentera Amerika Syarikat dan dua negara sekutu Arab telah mengebom berpuluh-puluh kilang penapis minyak di timur Syria sebagai sebahagian kempen yang diperluaskan untuk menghentikan sumber pembiayaan dan minyak bagi militan Negara Islam (IS), kata Pentagon semalam.
Jet-jet pejuang Amerika dan dron, bersama pesawat perang dari Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), membedil kilang penapis minyak di beberapa bahagian terpencil di padang pasir Syria sehari selepas serangan udara lebih besar menjadikan tapak latihan, depoh senjata dan pusat kawalan militan IS sebagai sasaran, kata pegawai Amerika.