Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kira-kira 2 hingga 3 juta buku musnah dalam banjir besar di Selangor

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



SHAH ALAM: Banjir besar yang berlaku di ibu kota Selangor, Shah Alam, lewat bulan lalu bukan sahaja merosakkan tempat kediaman dan kenderaan, bahkan ia turut memusnahkan satu lagi barangan berharga - buku.



Dianggarkan dua hingga tiga juta buku yang disimpan di sebuah gudang di bandar itu telah musnah.



Pengasas bersama peruncit buku Malaysia BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Encik Andrew Yap, berkata jumlah kerugian masih sedang dinilai dan akan mengambil sedikit masa.



"Namun dari penilaian awal, berjuta buku sudah musnah dan tidak dapat diselamatkan, bersama beberapa peralatan di gudang itu," katanya.



"Walaupun kami (telah kehilangan) dua hingga tiga juta buku, kami sasarkan untuk menderma buku kepada masyarakat berdekatan yang terjejas teruk akibat banjir dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka yang berada di sekitar gudang kami," katanya.



Video dan gambar yang disiarkan oleh BookXcess dan Big Bad Wolf Books menunjukkan gudangnya tenggelam di dalam air banjir, dengan banyak buku dianggap sudah musnah.



Peruncit buku itu terkenal dengan penjualan buku dengan harga yang dimampui.



Siri Jualan Buku Big Bad Wolf, yang bermula di Malaysia, kini telah dilancarkan di 10 negara, lapor The Star.



Hujan lebat dari 17 hingga 19 Disember, diikuti banjir meluas di tujuh negeri Malaysia dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur, telah menyebabkan puluhan ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.



Banjir yang tidak diduga itu adalah yang paling besar dalam masa 50 tahun.



Sekurang-kurangnya 49 orang terkorban sementara 70,000 penduduk terpaksa dipindahkan.



Encik Yap dipetik oleh The Star sebagai berkata:



"Sungguh menyayat hati melihat banyak buku rosak dan bertaburan di merata tempat.



"Buku baru terapung di atas jalan raya dan juga ke dalam perkarangan rumah jiran kami, dan mereka pulangkannya kepada kami dalam beg plastik tetapi tidak ada yang dapat diselamatkan."



Encik Yap berkata pembersihan gudang dan pembuangan buku yang rosak sedang dijalankan, sambil menambah bahawa operasi fizikal dan dalam talian syarikat itu di seluruh negara tidak terjejas.




"Sungguh menyayat hati melihat banyak buku rosak dan bertaburan di merata tempat.



Buku baru terapung di atas jalan raya dan juga ke dalam perkarangan rumah jiran kami, dan mereka pulangkannya kepada kami dalam beg plastik tetapi tidak ada yang dapat diselamatkan."
- Pengasas bersama peruncit buku Malaysia BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Encik Andrew Yap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >