PEMILIK Leicester City FC, Encik Vichai Srivaddhanaprabha (gambar), menjadi kisah kejayaan terbesar dalam kalangan hartawan Asia yang memiliki kelab bola sepak.
Hartawan asal Thailand itu mencipta kejayaan dalam sejarah bola sepak biarpun hanya diberi peluang 5,000-1 bagi merangkul kejuaraan Liga Perdana England (EPL).