PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR
Kit Siang: Hadi pernah nak jadi PM
Jun 15, 2016 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Ketua ahli parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) Encik Lim Kit Siang berkata Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu menjadi Perdana Menteri tatkala Pakatan Rakyat menuju pilihan raya umum pada 2013.
Justeru, apabila DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyokong keinginan beliau itu, adalah tidak mengejutkan apabila Datuk Abdul Hadi menyebelahi Umno.