Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL berkas 7 lelaki disyaki ada hubungan dengan pengganasan

Mar 06, 2017 | 12:24 PM



KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki, empat daripada mereka lelaki Yaman, telah ditahan di Lembah Klang kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas.



Tujuh ditahan oleh Bahagian Menentang Pengganasan Cawangan Khas Bukit Aman antara 21 Feb dengan 26 Feb menyusuli beberapa serbuan.



Suspek adalah seorang teknisyen kilang, 41 tahun Malaysia; seorang petani Indonesia, 28 tahun; seorang lelaki Asia Timur, 37 tahun; dan empat lelaki Yaman.



Ketua Polis Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek Malaysia dan Indonesia ditahan di Kepong pada 21 Feb. Mereka menerima arahan daripada militan ISIS, Mohamad Wanndy Mohamad Jedi.



"Mereka diarah menyediakan kenderaan membawa alat letupan (VBIED) yang dibuat untuk serangan di Malaysia sebelum berangkat ke Syria untuk menyertai (ISIS) di sana," kata Tan Sri Khalid dalam satu kenyataan, Ahad. "Lelaki Indonesia itu sebelum ini dihantar pulang dari Turkey selepas cuba memasuki Syria secara terlarang."



VBIED adalah istilah teknikal merujuk kepada bom kereta atau trak.



Suspek Asia Timur telah ditahan pada 23 Februari.



Tan Sri Khalid berkata: "Beliau memasuki Malaysia pada 2011 menggunakan visa pelajar dipercayai palsu, dan mendaftar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Lembah Klang. Beliau mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Asia Timur yang menggunakan Malaysia sebagai tempat singgah dan persembunyian."



Menurutnya, suspek mempunyai hubungan dengan seorang lagi pengganas Asia Timur, yang bertanggungjawab mengatur laluan selamat bagi anggota kumpulan menyertai ISIS di Syria.



Empat lelaki Yaman ditahan di Cyberjaya di Sepang pada 26 Feb.



""Mereka disyaki menjadi sebahagian daripada puak pemberontak di Yaman," kata Encik Khalid. "Mereka juga terlibat dalam sindiket pakar dalam memalsukan dokumen perjalanan."



Pasport antarabangsa dan RM270,000 ($85,500) dalam mata wang asing turut dirampas.



Penangkapan terbaru itu menyusuli beberapa serbuan pada Januari, apabila tiga lelaki yang disyaki ada hubungan dengan ISIS ditangkap oleh pihak berkuasa. Salah seorang daripada mereka, seorang warga Malaysia berusia 38 tahun, telah mencatat rancangan melakukan serangan bom di Kuala Lumpur di laman Facebooknya.



Seorang lagi suspek ialah seorang warga Indonesia dengan taraf penduduk tetap Malaysia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Dia dan suspek ketiga, seorang warganegara Malaysia, dipercayai merancang menyertai militan ISIS di Syria.



Serangan bom tangan di pinggir Kuala Lumpur pada Jun tahun lepas mencederakan lapan orang. ISIS mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu - yang pertama di Malaysia. -




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >