LONDON: Kerajaan Malaysia membenarkan Anwar Ibrahim mendapatkan rawatan pakar perubatan dari luar negara, seperti yang dikehendaki keluarganya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat dengan syarat rawatan itu hanya boleh dijalankan di hospital kerajaan, lapor Berita Harian Online semalam.