NEW YORK: Malaysia dan Amerika Syarikat mahu menjalin hubungan lebih erat bagi menangani keganasan merentasi sempadan berikutan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin menjadi salah satu pangkalan melatih dan mengerah anggota militan, kata Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Zahid berkata beliau mengadakan perbincangan memerangi keganasan di New York dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika, Encik Jeh Johnson, dan Peguam Negara, Encik Eric Holder, dalam rangka lawatan kerja ke Amerika bermula 24 September lalu.