KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak menolak kemungkinan mengenakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) dengan nilai yang sama dikenakan Singapura kepada kenderaan asing yang memasuki negara ini.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ketika ini, Singapura mengenakan caj VEP berjumlah RM109.77 ($35) sehari, tidak termasuk caj jalan raya (RC) $6.50 (RM20) yang akan diperkenalkan 15 Februari ini kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu.