KUALA LUMPUR: Wisma Putra semalam memanggil Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Encik Kang Chol, untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan tuduhannya terhadap kerajaan Malaysia dalam sidang akhbar Jumaat lalu.
Tindakan itu diambil sedang video yang memaparkan kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Nam, di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), disiarkan sebuah stesen televisyen asing, mulai tersebar malam kelmarin.