Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL tahan bekas anggota Al-Qaeda, 4 lagi suspek pengganas

Nov 02, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pegawai antipengganasan Malaysia menangkap seorang warga Mesir bulan lalu, selepas terdedah rancangannya mahu menjadikan Malaysia sebagai pangkalan bagi mengumpul dana dan merancang serangan di negara ketiga bagi menghidupkan semula kumpulan pengganas Al-Qaeda.



Lelaki itu, yang dikatakan bersekutu dengan pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden, ditangkap pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 13 Oktober lalu di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan di Selangor.



Turut ditangkap ialah empat suspek lain - dua warga Malaysia, seorang warga Pakistan dan seorang lelaki Timur Tengah - dalam operasi antipengganasan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Sabah dari 13 Oktober hingga 26 Oktober.



Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa warga Mesir itu bekerja di Kuala Lumpur.



"Suspek pertama seorang lelaki Mesir berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengurus eksekutif di sebuah firma Kuala Lumpur, dan ditahan di Selangor pada 13 Oktober.



"Suspek ialah anggota Al-Qaeda ketika di Afghanistan dari 1988 hingga 1993. Dia bertemu Osama bin Laden," ujarnya.



Lelaki itu menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk memasuki Canada dan Azerbaijan serta Pakistan, dan ditahan sebelum ini di Canada dan Mesir atas kesalahan sama.



Menurut Tan Sri Fuzi, dua rakyat Malaysia itu - seorang lelaki dan seorang wanita - didakwa menyalurkan dana kepada rakan senegara mereka, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, tukang rekrut kumpulan pengganas ISIS yang terbunuh dalam satu serangan dron di Raqqa, Syria, tahun lepas.



Wanita berusia 32 tahun itu, yang ditangkap di Kuala Lumpur pada 25 Oktober, didakwa memindahkan wang kepada Wanndy antara 2014 dan 2017.



Lelaki itu pula, seorang pengurus perkhidmatan berusia 40 tahun dari Sabah, ditangkap pada 26 Oktober.



Dia juga didakwa menyalurkan dana kepada Wanndy dan penggantinya, Muhamad Fudhail Omar, yang terbunuh di Syria tahun lalu.



Dia juga didakwa membantu membiayai kumpulan militan Filipina, Abu Sayyaf, sejak 2015.



Menurut Tan Sri Fuzi, dua lagi suspek warga asing itu ditangkap pada 20 dan dan 25 Oktober.



Lelaki Timur Tengah berusia 31 tahun itu dipintas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



"Dia mengeluarkan ancaman mati terhadap seorang diplomat asing di Kuala Lumpur dan disyaki terlibat dalam pengganasan," kata ketua polis itu.



Warga Pakistan itu, seorang buruh berusia 31 tahun, ditahan di Perak, selepas polis mendapati keterlibatannya dalam Lashkar-e-Taiba, salah satu kumpulan pengganasan terbesar dan paling aktif di Asia Selatan, terutamanya beroperasi di Pakistan.



Militan terlatih itu berada di Malaysia sejak 2016.



Malaysia menahan lebih 420 suspek pengganas sejak 2013, dan menggagalkan rancangan melakukan serangan dalam negeri. - The Straits Times, Utusan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >