Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EMPANGAN PECAH DI LAOS

Kolonel Mohd Fahmi ketuai misi SAF hulur bantuan kemanusiaan

Jul 28, 2018 | 05:30 AM



KOLONEL Mohd Fahmi Aliman merupakan Komander Misi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas ekoran empangan Xe Pian-Xe Namnoy di Attapeu, Laos, yang runtuh baru-baru ini.



Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef), sebuah pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah menghantarkan bekalan termasuk makanan, air botol, khemah, ubat dan bot getah ke Laos kelmarin.



Bekalan bantuan itu telah diserahkan kepada Naib Menteri Buruh dan Kebajikan Sosial Laos, Cik Baykham Khattiya, oleh Duta Singapura di Vientiane, Encik Dominic Goh, serta Kolonel Mohd Fahmi.



Menurut Mindef, pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) turut menghantarkan 11 khemah besar bagi membantu usaha bantuan kemanusiaan di sana dengan menaiki satu lagi pesawat C-130 RSAF.



Mereka berangkat ke Laos semalam.



Menurut akhbar The Straits Times, satu pasukan Palang Merah Singapura yang merangkumi tiga anggota juga tiba di Attapeu kelmarin selepas perjalanan selama empat jam dari lapangan terbang Pakse menerusi laluan jalan raya yang berlumpur serta suasana berkabus.



Ketua pasukan itu, Cik Geraldine Aggarao, 36 tahun; pakar perhubungan, Encik Samuel Lee, 31 tahun; dan pakar operasi, Cik Jacqueline Ng, 28 tahun, akan bekerjasama dengan Palang Merah Laos untuk menghantar bekalan bantuan ke Sanamxay, antara kawasan yang terjejas paling teruk akibat empangan yang runtuh itu.



Mereka juga akan meninjau apakah bantuan lanjut yang diperlukan.



Kehadiran mereka di Attapeu turut mengundang perhatian daripada penduduk tempatan.



Mereka ini termasuklah seorang kakitangan syarikat penerbangan Lao Airlines yang ingin bergambar dengan mereka serta seorang pekerja di sebuah kedai telefon bimbit yang berdiri sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka selepas menyedari tujuan mereka di sana.



Di sebuah perkampungan yang bernama Khokong pula, lumpur membanjiri kawasan di sekitar rumah yang dibina di atas kaki bajang sementara bangkai binatang pula terapung atas air.



Seorang pegawai perubatan yang enggan memberitahu namanya berkata tujuh kampung terjejas dan dua daripadanya terjejas teruk.



"Terdapat 200 rumah tapi hanya 10 yang masih berdiri kukuh.



"Kami berjaya mengeluarkan satu mayat hari ini tetapi saya syak lebih banyak akan ditemui apabila air banjir surut dan jalan raya dapat digunakan semula," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >