Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Komander pemberontak Syria maut dalam serangan udara Russia

Oct 21, 2015 | 12:57 PM



BEIRUT: Serangan udara Russia di wilayah Latakia di Syria membunuh seorang komander kanan pemberontak daripada kumpulan yang dibekalkan senjata oleh musuh asing Presiden Bashar Al-Assad, menurut sebuah kumpulan pemantauan pada Selasa (20 Okt).


Badan Pemandu Hak Asasi Syria berkata 45 orang - pejuang pemberontak dan orang awam - terbunuh dalam serangan udara pada petang Isnin di kawasan Jabal Akrad, yang dikuasai kumpulan pemberontak Divisyen Pantai Pertama.


Kumpulan itu, yang berjuang di bawah panji-panji pakatan longgar yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria, mengesahkan kematian ketua stafnya, Basil Zamo, bekas seorang kapten dalam tentera Syria.


Divisyen Pantai Pertama salah satu daripada beberapa kumpulan yang menerima sokongan ketenteraan asing di bawah program yang disokong Amerika Syarikat. Peralatan mereka termasuk peluru berpandu antikereta kebal buatan Amerika.


Dalam beberapa kes, sokongan itu termasuk latihan ketenteraan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika. Musuh asing utama Encik Assad termasuk Arab Saudi, Qatar dan Turkey.


Komander sebuah lagi kumpulan serupa, Briged Nour Al-Din Al-Zinki Briged, terbunuh dalam satu pertempuran di selatan Aleppo pada Isnin.


Kumpulan-kumpulan ini, yang sering diketuai pegawai berpaling tadah daripada tentera Syria selepas pemberontakan terhadap Presiden Assad meletus pada 2011, telah banyak ditenggelami oleh kumpulan seperti Barisan Nusra dan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Tentera Syria, disokong oleh pejuang dari Iran dan Hizbullah Lubnan, telah melancarkan satu siri serangan darat terhadap kawasan yang dikuasai pemberontak di barat dan barat daya Syria sejak Russia mula melancarkan serangan udara di negara itu pada 30 September


Serangan udara Russia di Syria telah membunuh 370 orang, dua pertiga daripada mereka pemberontak, termasuk daripada ISIS.


Walaupun turut ditujuhkan pada kubu kuat ISIS, seperti wilayah Raqa, serangan itu lebih tertumpu terhadap beberapa wilayah di mana tentera rejim Syria sedang memimpin serangan terhadap pelbagai pihak pembangkang yang tidak termasuk ISIS. - Reuters, AFP, Xinhua




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >