Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Konflik China-Taiwan dikhuatiri jejas stabiliti serantau

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

SUSULAN LAWATAN SPEAKER DEWAN PERWAKILAN AS KE TAIWAN

Konflik China-Taiwan dikhuatiri jejas stabiliti serantau

Aug 05, 2022 | 05:30 AM

PHNOM PENH: Konflik membabitkan China dan Taiwan dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan serantau, yang membawa kepada salah perhitungan, konfrontasi serius, konflik terbuka dan akibat tidak dijangkakan dalam kalangan kuasa besar.

Perkara berkenaan ditekankan Asean dalam kenyataan semalam.

Asean mengeluarkan kenyataan sedemikian semasa Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) di Phnom Penh, Kemboja.

Sehubungan itu, Asean menggesa semua pihak bertenang dan mengelakkan sebarang tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi keadaan tegang di Selat Taiwan ketika ini, menyusuli lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan yang mencetuskan kemarahan China.

"Situasi itu dibimbangi boleh menjejas kestabilan serantau, sekali gus membawa kepada salah perhitungan, konfrontasi serius, konflik terbuka dan akibat tidak dijangkakan dalam kalangan kuasa besar," menurut kenyataan berkenaan, lapor agensi berita.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, serta Menteri Luar China, Encik Wang Yi, turut menghadiri mesyuarat Asean berkenaan yang berlangsung semalam sehingga hari ini.

Cik Pelosi tiba di Taipei malam kelmarin, dalam kunjungan sebagai ahli politik berprofil tertinggi Amerika yang pertama melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

China menyifatkannya sebagai satu provokasi besar dan bertindak balas dengan mengumumkan perancangan mengadakan latihan ketenteraan di sekeliling Taiwan, mulai semalam.

Dalam kenyataannya kelmarin, Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata Mesyuarat Menteri Luar Asean telah membincangkan dengan penuh keprihatinan akan perkembangan yang berlaku berhubung hubungan Amerika-China.

"Kestabilan hubungan Amerika-China adalah penting untuk keamanan dan kemakmuran serantau.

"Singapura berharap Amerika dan China dapat mencapai persetujuan, mengamalkan daya tahan dan elak daripada tindakan-tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3