Konflik Yaman boleh cetus bencana kemanusiaan

Sejuta penduduk kota Aden hadapi kemungkinan kehabisan air bersih

BEIRUT: Pertempuran di Yaman boleh menyebabkan kebuluran dan kekurangan air yang meluas selain masalah pelarian, hingga mencetuskan satu lagi bencana kemanusiaan di rantau yang kini dibebani krisis di Syria, menurut para pengamat dan pekerja bantuan kemanusiaan semalam.

Negara miskin di Semenanjung Arab yang mempunyai sekitar 25 juta penduduk itu telah pun berdepan dengan masalah pemakanan tidak seimbang sebelum ofensif oleh pemberontak puak Houthi mendorong campur tangan tentera oleh pakatan yang dipimpin Arab Saudi.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan