Kontena berisi muatan daging babi dan daging kambing dirampas di Johor

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita empat kontena dipercayai berisi muatan daging babi dan daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol, dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini kelmarin.

Pengarah Maqis Johor/Melaka, Cik Siti Nur Ahmad, berkata bekalan daging seberat 120 tan metrik itu, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2 juta ($640,000), disusun bercampur-campur dalam empat kontena sejuk beku.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan