Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kontroversi video tular: Konvoi PM M'sia diiringi polis trafik dan diberi laluan untuk elak kemalangan, jelas Polis M'sia

Dec 27, 2021 | 06:49 PM



KUALA LUMPUR: Polis memberi keutamaan kepada konvoi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laluan utama di Hulu Langat, pada Ahad (26 Disember), berbanding ambulans di persimpangan jalan untuk mengelak risiko kemalangan.



Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at, berkata tindakan itu diambil mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/959 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Katanya, pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang membawa pesakit, namun petugas berkenaan membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan terbabit dalam tempoh singkat berikutan pendahulu konvoi sudah hampir persimpangan itu.



"Kita terkesan dengan satu video tersebar di media sosial memaparkan kenderaan pacuan empat roda Persatuan Bulan Sabit Merah dan ambulans berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi diiringi polis trafik.



"Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi semalam (Ahad), ketika rombongan Perdana Menteri dalam perjalanan bagi melihat kerja pembersihan pelbagai agensi bagi membantu mangsa banjir dari Taman Sri Nanding ke Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16 diiringi polis trafik.



"Menerusi video itu jika anggota trafik di persimpangan jalan memberi keutamaan kepada dua kenderaan berkenaan yang hendak keluar ke jalan utama, ianya tindakan yang akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan, pada Isnin (27 Disember).



Azman berkata, sejurus konvoi melepasi persimpangan itu dalam masa singkat, anggota trafik segera memberi keutamaan kepada dua kenderaan berkenaan setelah mendapati tiada risiko kemalangan.



"Polis sentiasa peka dan komited dalam memberi keutamaan kepada kepentingan awam, khususnya apabila penugasan membabitkan keselamatan pengguna jalan raya dan kenderaan kecemasan terutama ambulans serta bomba," katanya. - Berita Harian Malaysia



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >