PENULARAN VIRUS KORONA NOVEL
Korban di China lebih 300 orang, dengan 14,300 dijangkiti
China semakin dipencil disebabkan sekatan perjalanan dan banyak penerbangan digantung
Feb 03, 2020 | 05:30 AM
BEIJING: Jumlah kematian akibat penularan virus korona novel di China mencapai 304 orang kelmarin, berikutan 45 kematian baru.
Demikian menurut penyiar pemerintah CCTV, yang menukil Suruhanjaya Kesihatan Nasional negara itu, semalam.