Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban gempa Afghan-Pakistan hampir 280, dijangka bertambah

Oct 27, 2015 | 03:12 PM



ISLAMABAD: Penyelamat melalui kawasan berceranggah dan pemberontakan Taleban pada Selasa (27 Okt) dalam usaha mencari dan menyelamatkan mangsa selepas gempa bumi besar melanda Pakistan dan Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 277 orang.


Angka korban dijangka meningkat apabila pasukan mencari sampai ke kawasan pedalaman yang terputus dek kuat gempa 7.5 pada skala Richter itu, yang mencetuskan tanah runtuh dan rempuhan sedang ia menumbangkan bangunan dan memutuskan talian komunikasi.


Tentera Pakistan telah dikerah dan India, yang hubungannya dengan Islamabad sering berduri, berkata ia sedia membantu.


Dalam episod paling menakutkan yang muncul sejauh ini selepas gempa itu, 12 budak perempuan Afghan mati terhempit dalam rempuhan ketika mereka cuba melarikan diri dari bangunan sekolah yang bergoyang.


Sebahagian besar kemusnahan dilaporkan dari Pakistan, di mana 214 orang terbunuh dan lebih 1,800 cedera, kata pihak berkuasa pengurusan bencana.


Ramai orang terperangkap di bawah timbunan runtuhan, dengan para pegawai memberi amaran bahawa angka korban dijangka bertambah.


Sebahagian besar wilayah Badakhshan, wilayah terpencil tempat pusat gempa itu, dan kawasan lain dikawal oleh Taleban, menimbulkan cabaran besar kepada sembarang usaha bantuan rasmi.


Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, berkata menerusi Twitter sejurus selepas gempa bumi itu bahawa negaranya bersedia membantu, termasuk di Afghanistan dan Pakistan jika diperlukan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >