Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea S laksanakan semula aturan selamat susuli kes meningkat

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Selatan semalam berkata ia akan mengembalikan peraturan jarak selamat selepas menarik balik peraturan tersebut sekitar sebulan setengah yang lalu di bawah satu dasar 'hidup dengan Covid-19'.



Ini sedang jumlah kedua-dua kes jangkitan baru dan kes serius meningkat secara mendadak dan mengancam membebani sistem perubatan negara itu.



Langkah sekatan akan dikembalikan mulai Sabtu ini hingga 2 Januari, yang mengehadkan orang ramai berkumpul tidak melebihi empat orang - asalkan mereka semua sudah divaksin - dan memaksa restoran, kafe dan kemudahan hiburan malam ditutup pada 9 malam, sementara pawagam dan kafe Internet ditutup pada 10 malam, kata Perdana Menteri, Encik Kim Boo Kyum.



Individu belum divaksin hanya boleh makan di restoran seorang diri saja, atau membawa pulang makanan yang dipesan atau menggunakan khidmat penghantaran makanan.



Langkah-langkah tersebut diumumkan sehari selepas Korea Selatan mencatatkan jumlah kes koronavirus harian tertinggi di tengah-tengah peningkatan berterusan dalam kes jangkitan dalam kalangan mereka yang sudah divaksin dan kes serius.



Lebih 94 peratus orang dewasa di Korea Selatan sudah divaksin sepenuhnya.



Namun, jumlah kes jangkitan baru meningkat hampir lima kali ganda dan jumlah kes serius pula meningkat tiga kali ganda sejak peraturan dilonggarkan bulan lalu, sekali gus menambahkan tekanan terhadap sistem perubatan negara itu.



Kelmarin, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mencatatkan 7,850 kes baru bagi Selasa - jumlah harian tertinggi - sedang kes jangkitan dalam kalangan mereka yang sudah divaksin terus meningkat.



Jumlah pesakit dalam keadaan serius juga mencapai paras tertinggi yang baru dengan 964 kes.



Jumlah kes jangkitan harian melepasi angka 7,000 buat kali pertama minggu lalu, hanya beberapa hari selepas ia mencecah angka 5,000. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >