Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea S tambah sakit gangguan haid dalam senarai kesan buruk lepas vaksinasi

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Selatan akan menambah penyakit gangguan haid ke dalam senarai kesan buruk yang boleh dilaporkan berikutan vaksinasi Covid-19, menurut laporan audit parlimen Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Khamis lalu.



Agensi kesihatan nasional itu berkata dalam satu respons kepada Wakil Kang Sun-woo daripada jawatankuasa kesihatan dan kebajikan Majlis Nasional bahawa ia akan membuat kategori berasingan bagi gangguan haid dalam sistem pelaporan kesan buruk vaksin.



Tetapi penambahan penyakit ke dalam senarai itu tidak bermaksud bahawa ketidakselesaan, kelewatan atau gangguan haid pascavaksinasi yang dilaporkan adalah berkaitan dengan vaksin itu, atau orang yang mengalaminya layak menerima pampasan pemerintah, kata agensi itu apabila menjawab soalan media.



Laporan pertama di Korea Selatan mengenai pendarahan antara haid selepas vaksinasi muncul pada Mac lalu dalam kalangan jururawat yang menerima vaksin AstraZeneca.



Perkara itu mula mendapat perhatian setelah peningkatan secara tidak seimbang mengenai laporan perubahan haid sedang pemberian vaksin diperluas kepada masyarakat umum pada Ogos.



Beberapa petisyen yang meminta siasatan mengenai kesan vaksin kepada haid telah diterbitkan di laman presiden sejak itu.



Menurut pangkalan data rasmi, hingga 27 Oktober, terdapat 712 laporan pendarahan antara kitaran haid setelah vaksinasi Covid-19.



Tetapi ketidaktentuan haid setelah vaksinasi mungkin kurang dilaporkan sehingga baru-baru ini satu proses khusus diperlukan untuk menghantar laporan mengenai sebarang kesan yang tidak termasuk dalam senarai kesan yang dilaporkan setelah vaksinasi, menurut penyiar tempatan MBN.



Pada 30 Ogos, Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia telah memperuntuk AS$1.67 juta ($2.26 juta) untuk meneliti potensi hubungan antara vaksinasi Covid-19 dengan haid yang tidak normal.



Vaksinasi Covid-19 pertama di Korea Selatan diberikan pada 26 Februari dengan vaksin AstraZeneca.



Sehingga kini, 56 peratus daripada 51 juta penduduk Korea Selatan telah divaksinasi sepenuhnya, sama ada dengan rejimen vaksin dua dos atau satu dos vaksin Johnson & Johnson. - The Korea Herald/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >