Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan anjur pameran pertahanan terbesar

Oct 16, 2023 | 03:52 PM



SEONGNAM (Korea Selatan): Korea Selatan akan memulakan pameran pertahanan terbesarnya minggu ini, ketika negara itu berusaha untuk meningkatkan jualan senjatanya dan mempamerkan pengebom berkeupayaan nuklear Amerika Syarikat yang jarang sekali ditampilkan.


Pameran Aeroangkasa dan Pertahanan Antarabangsa Seoul (ADEX) – yang dianjurkan secara dwitahunan – membuka pintunya pada Selasa dengan penganjur mengatakan akan ada lebih banyak syarikat berbanding sebelum ini, dan penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari pengebom B-52 Amerika yang akan membuat pendaratan yang jarang berlaku di pangkalan udara tempat lain di semenanjung.

Pertunjukan pada 2023 itu direka untuk membantu Korea Selatan mencapai matlamatnya menjadi pengeksport senjata keempat terbesar di dunia, Encik Lee Jong-ho, ketua pejabat penganjur, memberitahu satu taklimat pada Isnin.

Lebih 450 pegawai kanan pertahanan dari 54 negara dijangka hadir, bersama ratusan ribu profesional lain dan orang awam, katanya.

“Ini adalah peluang bagi industri pertahanan Korea untuk menarik perhatian antarabangsa dan mengambil lompatan besar ke hadapan,” tambah Encik Lee.

Pemerintah Korea telah menetapkan matlamat untuk mencecah AS$20 bilion ($27.4 bilion) dalam eksport pertahanan pada 2023, selepas mencatat rekod jualan senjata AS$17.3 bilion pada 2022, termasuk perjanjian besar dengan Poland untuk membekalkan kereta kebal, howitzer, pesawat perang dan roket.

Korea Selatan telah berada di tempat kesembilan di dunia untuk eksport pertahanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi Presiden Yoon Suk-yeol telah menyeru agar ia bertambah baik.

Di pangkalan udara tentera Korea Selatan di selatan Seoul pada Isnin, peserta pameran membuat persiapan terakhir sementara para pengunjung dan peserta dalam acara awal, sibuk menyaksikan kenderaan tentera dan pesawat perang Korea Selatan dan Amerika di landasan termasuk pesawat siluman canggih Amerika F-22 dan F-35.

Bagi memperingati ulang tahun ke-70 pakatan Korea Selatan dengan Amerika, pertunjukan itu akan menampilkan paparan kuasa tentera Amerika yang lebih besar daripada biasa, termasuk penerbangan B-52, kata Kolonel Tentera Udara Amerika, Charles Cameron.

Di bawah Encik Yoon, Korea Selatan dan Amerika telah meningkatkan paparan kekuatan, terutamanya aset berkeupayaan nuklear Amerika dalam usaha untuk menghalang Korea Utara.

Pada September, Korea Selatan mengadakan perarakan ketenteraan yang jarang berlaku, di mana beribu-ribu tentera dan kereta kebal buatan sendiri Korea Selatan serta artileri gerak sendiri disertai oleh 300 daripada 28,500 tentera Amerika yang berpangkalan di negara itu.

Sebuah kumpulan aktivis Korea Selatan berkata ia merancang untuk membantah acara itu, menggelar perdagangan senjata sebagai “parasit” yang mendapat manfaat daripada penderitaan di tempat-tempat seperti Ukraine dan konflik Israel-Palestin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >