Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan apungkan feri karam selepas hampir 3 tahun yang ragut lebih 300 jiwa

Mar 23, 2017 | 03:00 PM



DONGGEOCHADO, KOREA SELATAN - Feri Sewol yang karam hampir tiga tahun lepas dan meragut lebih 300 jiwa, diapungkan semula pada Khamis (23 Mac).



Siaran televisyen menunjukkan satu sisi feri seberat 6,825 tan, struktur putih berkarat dan kotor, timbul antara dua tongkang besar.



Operasi rumit itu dibuat menjelang ulang tahun ketiga insiden maritim paling teruk melanda negara itu.



Hampir semua yang mati adalah pelajar kerana terperangkap dalam feri yang tenggelam pada 16 April 2014.



Keluarga mangsa telah lama menuntut supaya mengapungkan bangkai feri itu.



Sebahagian keluarga mangsa menyaksikan operasi itu dari bot berhampiran.



"Melihat feri Sewol sekali lagi, saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya sekarang," kata Encik Huh Hong Hwan. Anak perempuannya, 16 tahun, terkorban. Jasadnya tidak ditemui.



Seorang lagi ibu, Cik Lee Keun Hui, meminta sokongan dan doa orang ramai membantu menggerakkan feri itu ke pantai bagi siasatan penuh.



"Hati saya luluh melihat feri itu timbul," katanya. "Anak perempuan saya telah terperangkap dalam tempat yang kotor dan gelap selama ini," ujarnya.



Kira-kira 450 pekerja terlibat dalam usaha berat menimbulkan feri itu.



Sebaik sahaja feri dapat ditimbulkan semula sepenuhnya, ia akan dibawa ke pelabuhan Mokpo.



"Kami jangka ia akan mengambil masa 12 hingga 13 hari untuk mengangkat dan memindahkannya ke Mokpo," kata Encik Lee Cheol Jo, pegawai Kementerian yang bertanggungjawab bagi operasi itu.



Bencana Sewol meninggalkan trauma dan merupakan satu tamparan yang melumpuhkan pemimpin yang kini digulingkan Park Geun Hye.



Pemecatan disahkan oleh mahkamah tertinggi di Seoul dua minggu lalu.



Seramai 304 terkorban dalam bencana itu.



Siasatan mendapat ia umumnya berpunca daripada kesilapan manusia - merangkumi masalah reka bentuk, muatan berlebihan, anak kapal tidak berpengalaman dan hubungan antara pengusaha kapal dan pengawal selia yang dipersoalkan.



Walaupun feri itu mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tenggelam, ramai orang di atas kapal tidak mendengar sebarang arahan menyelamatkan diri. Malah anak kapal adalah antara yang pertama menyelamatkan diri.



Kapten Lee Jun Seok dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas "pembunuhan kerana sengaja cuai" dan 14 anak kapal dihukum penjara antara dua dengan 12 tahun. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >