Korea Selatan catat rekod 1,097 kes sehari, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Korea Selatan catat rekod 1,097 kes sehari

Dec 21, 2020 | 05:30 AM

SEOUL: Korea Selatan melaporkan jumlah rekod 1,097 kes koronavirus semalam termasuk penularan Covid-19 di sebuah penjara di Seoul yang menjejas 185 banduan.

Dengan jumlah jangkitan harian melebihi 1,000 kes bagi hari kelima berturut-turut, beberapa pakar perubatan mengkritik pemerintah Korea kerana lambat mengenalkan undang-undang jarak selamat lebih ketat.

Pada awalnya, proses menjejak kontak dan menjalankan ujian yang agresif pada awal penularan pandemik ini menjadikan Korea Selatan negara yang dipuji.

Ini berbanding negara lain yang bertarung dengan jumlah jangkitan yang meningkat sehingga perintah berkurung terpaksa dikenalkan.

Namun, tambahan terkini kes Covid-19 yang berpunca daripada kelompok yang merebak segera, tidak seperti kes individu terpencil dalam gelombang virus sebelum ini, menimbulkan keprihatinan awam tentang kekurangan katil hospital.

Discover Malay Home Based Businesses

Jumlah harian kes Covid-19 malah melebihi rekod Rabu lalu sebanyak 1,076 kes, mengikut data Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.

Dalam kalangan kes baru ini, 1,072 kes dijangkiti dalam masyarakat manakala 25 kes diimport, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan koronavirus di Korea mencecah 49,665 kes sehingga tengah malam kelmarin.

Sebanyak 674 kematian berpunca daripada virus ini pula dilaporkan.

Sebuah penjara di selatan tenggara Seoul pula dilanda penularan kes yang banyak dengan 184 banduan dan seorang pekerja dijangkiti, jelas seorang pegawai Kementerian Keadilan.

Mantan Presiden Korea Selatan, Encik Lee Myung-bak, yang berada di penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan mengambil rasuah, bagaimanapun diuji negatif Covid-19, tambah pegawai berkenaan.

Seramai 61 orang di sebuah rumah jagaan kebajikan di kota Cheongju turut dijangkiti dengan virus ini, dedah agensi berita Yonhap. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map