Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan-Jerman akan meterai kerjasama pertahanan

May 22, 2023 | 05:13 PM



SEOUL: Korea Selatan dan Jerman akan menandatangani perjanjian, bertujuan meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua negara dan saling melindungi rahsia ketenteraan, kata Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, pada Ahad, semasa bertemu Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, di Seoul.


Persetujuan mengenai maklumat ketenteraan itu akan membantu “memudahkan operasi rangkaian bekalan industri pertahanan”, sedang ekonomi dan suasana politik global dalam keadaan tidak stabil, kata Encik Yoon dalam satu majlis taklimat.

Korea Selatan, yang baru-baru ini mengadakan pakatan serupa berkaitan perkongsian maklumat dengan Canada, bergerak ke arah meluaskan industri pertahanan, sedang permintaan meningkat ekoran perang di Ukraine dan ketegangan lain, tetapi sejauh ini enggan membekalkan senjata kepada Kyiv.

Encik Yoon berkata menghormati kebebasan sebagai suatu nilai sejagat adalah “amat penting”, dalam menghadapi cabaran terhadap demokrasi, rangkaian bekalan global yang tidak stabil serta peperangan.

“Mulai sekarang, saya menjangka Korea Selatan dan Jerman akan terus meluaskan kerjasama dua hala dan perkukuh perpaduan demi perdamaian dan kemakmuran Eropah dan Asia,” kata beliau semasa memulakan mesyuarat dengan Encik Scholz.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan membincangkan tentang kerjasama yang lebih mendalam, antara lain mengenai semikonduktor.

Encik Scholz, yang sedang melakukan lawatan ke Korea Selatan selepas menghadiri sidang puncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima, Jepun, menyifatkan tindakan Korea Selatan melancarkan ujian peluru berpandu sebagai “situasi yang masih membahayakan” di semenanjung Korea.

“Ini adalah satu ancaman terhadap perdamaian dan keselamatan di rantau ini,” kata beliau di pangkalan tentera selepas satu lawatan ke Zon Bebas Tentera (DMZ), yang memisahkan kedua-dua negara Korea itu.

Sejarah Jerman sebagai negara yang pernah berpecah telah berlalu, kata beliau, tetapi perpecahan itu masih lagi berlaku bagi semenanjung Korea.

Kedua-dua Encik Scholz dan Encik Yoon telah meninggalkan Jepun pada Ahad selepas menyertai sidang puncak G7.

Korea Selatan diundang menyertai sidang puncak G7 itu selaku pemerhati.

Para pemimpin G7 memberi isyarat, mereka tidak akan berganjak daripada menyokong Ukraine, dan menggariskan satu pendekatan bersama terhadap China, berharap untuk mengelak sebarang risiko ekonomi dengan negara yang disifatkan sebagai kilang dunia.

Encik Yoon, yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky buat pertama kalinya, semasa acara sampingan di sidang puncak G7 itu, berkata beliau merancang untuk membekalkan peralatan membersihkan periuk api dan ambulans, sambil berjanji untuk memberi lebih banyak sokongan kepada Ukraine.

Korea Selatan menandatangani perjanjian dengan Ukraine pada Rabu, berkaitan rancangan untuk meyediakan pakej bantuan kewangan bernilai AS$130 juta ($175 juta), sehari selepas wanita pertama negara yang dilanda peperangan itu bersuara minta bantuan ketenteraan.

Korea Selatan, pengeluar utama peluru meriam, berkata ia tidak membekalkan senjata pemusnah kepada Ukraine dan menyebut juga tentang hubungan negara itu dengan Russia. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >