Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea U lancar peluru berpandu balistik dari bawah laut

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari bawah laut buat kali pertamanya dalam tempoh dua tahun, satu lagi ujian di bawah siri ujian senjata nuklear yang dilakukan rejim Kim Jong-Un untuk menghindari sistem pertahanan Amerika Syarikat.



Negara komunis itu disyaki melancarkan peluru berpandu itu semalam dari kawasan pantai timur Sinpo ke kawasan perairan antara Semenanjung Korea dengan Jepun, kata tentera Korea Selatan.



Ia tidak mengatakan sama ada peluru berpandu jarak pendek itu dilancarkan daripada kapal selam atau platform bawah air.



Korea Utara mempunyai pangkalan bagi kapal selam dan satu platform bawah air bagi ujian peluru berpandu di kawasan itu.



Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik namun tidak ada sebarang kerosakan dilaporkan.



Korea Utara dilarang oleh resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada melakukan ujian peluru berpandu balistik, dan Tokyo membantah pelancaran terbaru itu.



Pelancaran itu menyusuli satu siri ujian pada September lalu berkaitan senjata yang mampu membawa senjata nuklear ke negara-negara sekutu AS seperti Korea Selatan dan Jepun.



Salah satu senjatanya adalah apa yang disebut Korea Utara sebagai "peluru berpandu hipersonik", yang menunjukkan rejim itu semakin dekat dalam rancangan untuk meletakkan kepala senjata nuklear di pesawat luncur berkelajuan tinggi yang dapat menghindari pertahanan peluru berpandu AS. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >