Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea U uji lancar peluru berpandu Scud

May 29, 2017 | 03:29 PM



SEOUL: Tentera Korea Selatan dan Jepun berkata musuh tradisi mereka, Korea Utara, melancarkan peluru berpandu Scud jarak dekat dan ia mendarat di luar pantai timur negara itu, awal pagi tadi.



Kenyataan Ketua Turus Bersama berkata peluru berpandu itu terbang sejauh 450 kilometer, pelancaran terkini siri ujian peluru berpandu Korea Utara minggu ini.



Pelancaran itu segera dilaporkan kepada Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae-in, yang mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Kebangsaan pada 7.30 pagi waktu tempatan.



Pelancaran peluru berpandu itu dan ancaman Pyongyang bahawa ia akan melancarkan ujian nuklear keenam mencetuskan gesaan sekatan lebih keras Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) dan amaran daripada Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, bahawa campur tangan tentera ialah pilihan yang dipertimbangkan.



Seorang pegawai Rumah Putih berkata Presiden Trump turut diberi taklimat berhubung pelancaran ujian peluru berpandu Korea Utara itu.



“Pemerintah Amerika Syarikat dan presiden telah diberi taklimat,” katanya.



Ketua Turus Bersama Kakitangan Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata peluru berpandu balistik yang tidak dikenal pasti (disyaki Scud) dilepaskan dari bandar tepi laut Korea Utara di Wonsan pada 5.09 pagi dan ia menuju ke arah timur.



“Jarak penerbangan kira-kira 450 kilometer,” kata kenyataan itu, sambil menambah pakar Korea Selatan dan Amerika sedang meneliti  pelancaran itu bagi butiran lanjut. - AFR, Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >