Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Utara lancar roket jelang pertemuan Trump-Xi

Apr 05, 2017 | 09:36 AM



Pyongyang (Korea Utara): Rejim Kim Jong-un telah melancarkan peluru berpandu balistik hari ini.



Pelancaran itu dilakukan menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping di Florida, Amerika Syarikat, yang dijadualkan berlangsung esok.



Pertemuan dua pemimpin di pusat peranginan Mar-a-Lago milik Presiden Trump itu antara lain akan turut membincangkan program senjata Pyongyang.



Pelancaran peluru berpandu itu dilakukan dari pantai timur ke dalam laut di luar Semenanjung, kata tentera Korea Selatan.



"Korea Utara telah melancarkan sebuah peluru berpandu balistik ke Laut Timur dari sebuah tapak di kawasan Sinpo, selatan Wilayah Hamgyong, kira-kira 6.42 pagi," menurut laman berita Yonhap yang menukil kenyataan dari Pejabat Ketua Turus Bersama Korea Selatan.



Sinpo adalah tapak pangkalan kapal selam Korea Utara.



Menurut laman berita Yonhap lagi, projektil itu terbang sejauh kira-kira 60 kilometer, dan Korea Selatan dan Amerika kini sedang menganalisa maklumat tambahan.



Jenis sebenar projektil yang dilancarkan belum dapat disahkan.



Namun, Pusat Kerahan Pasifik Amerika berkata, projektil itu kelihatannya seperti peluru berpandu balistik KN-15 jarak sederhana, yang juga dikenali sebagai Pukguksong-2, yang dilancarkan dari tapak di sebuah kemudahan atas darat.



Menurut laman berita itu lagi, rejim Kim Jong-un telah melancarkan dua ujian nuklear dan melepaskan dua dozen peluru tahun lalu.



Keprihatinan terhadapnya meningkat kerana kekhuatiran akan berlakunya satu lagi ujian nuklear atau pelancaran roket jarak jauh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >