SEOUL - Korea Utara dipercayai sedang bersiap-siap melancarkan peluru berpandu balistik menjelang latihan tentera laut bersama oleh Amerika Syarikat dan Korea Selatan, menurut satu laporan berita pada Sabtu (14 Okt), memetik sumber pemerintah.
Tentera Laut Amerika berkata pada Jumaat bahawa sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika akan mengetuai latihan itu pada minggu depan, memaparkan kemampuan tenaga terhadap Korea Utara sedang ketegangan berhubung program senjata Korea Utara yang kian meningkat.
Langkah itu mungkin membangkitkan kemarahan Pyongyang yang sebelum ini melahirkan rasa marah terhadap latihan bersama.
Akhbar Daily Donga Ilbo, memetik sumber pemerintah, berkata gambar satelit menunjukkan peluru berpandu balistik dipasang pada pelancar yang diangkut dari hangar berhampiran Pyongyang dan di Wilayah Utara Phyongan.
Pegawai tentera Amerika dan Korea Selatan mengesyaki bahawa Korea Utara mungkin bersiap mahu melancarkan peluru berpandu - dipercayai peluru berpandu balistik antara-kontinental benua Hwasong-14 (ICBM) - yang berdaya sampai ke wilayah Amerika, kata akhbar itu.
Satu lagi kemungkinan ialah Korea Utara mungkin membuat persiapan menguji ICBM Hwasong-13 baru yang boleh mencapai sasaran lebih jauh. - AFP