Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Utara salahkan M'sia atas kematian warganya sedang hubungan KL-Pyongyang mengenai Kim Yong Nam memburuk

Feb 23, 2017 | 07:52 AM



SEOUL - Korea Utara berkata pada Khamis (23 Feb) bahawa Malaysia harus dipersalah atas kematian warganya minggu lalu dan menuduh kerajaan Malaysia menunjukkan "sikap tidak mesra" di bawah senario disediakan oleh Korea Selatan.



Malaysia pada mulanya memaklumkan Korea Utara bahawa seorang lelaki yang membawa pasport diplomatik telah meninggal dunia akibat serangan jantung di lapangan terbang Kuala Lumpur pada 13 Feb, kata agensi berita Korea Utara KCNA.



Pegawai Korea Selatan dan Amerika percaya Encik Kim Jong Nam, abang pemimipin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh oleh ejen Korea Utara.



Malaysia cepat mengubah kedudukannya dan mula merumitkan perkara itu selepas laporan timbul Korea Selatan bahawa lelaki itu mati akibat diracun, kata KCNA memetik jurucakap jawatankuasa negara.



"Apa yang perlu lebih diberi perhatian serius adalah hakikat bahawa perbuatan Malaysia yang tidak adil bertepatan dengan konspirasi anti-DPRK yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Korea Selatan," kata KCNA. DPRK adalah singkatan bagi nama rasmi Korea Utara, Republik Demokratik Rakyat Korea.



"Tanggungjawab terbesar tentang kematiannya terletak pada kerajaan Malaysia kerana warga DPRK mati dalam negaranya," kata laporan itu.



Kenyataan itu dibuat menyusuli pertikaian yang semakin buruk antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berhubung pembunuhan Encik Kim, dengan polis Malaysia pada Rabu menamakan seorang diplomat Korea Utara mengenai kes itu dan menuntut supaya beliau menyerah untuk disoal siasat.



Kedutaan Korea Utara membalas dengan memetik keistimewaan diplomatik. Ia mempersoalkan dakwaan bahawa racun yang digunakan membunuh Encik Kim, yang rebah selepas dua wanita menyapu bahan di wajahnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb. Kedutaan itu juga meminta supaya semua suspek dibebaskan, termasuk "wanita yang tidak bersalah".



Polis berkata, wanita itu tahu mereka menggunakan toksin. Mereka juga menambah akan "memaksa" diplomat yang menjauhi mereka supaya tampil untuk temuduga.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita pada hari Rabu bahawa Encik Hyon Kwang Song, 44 tahun, Setiausaha Kedua di Kedutaan, dan Encik Kim Uk Il, 37 tahun, yang bekerja di syarikat penerbangan Korea Utara Air Koryo, sedang dicari untuk membantu siasatan ke dalam serangan ke atas Encik Kim.



"Kami berharap Kedutaan Korea Utara akan bekerjasama. Jika tidak, kami akan memaksa mereka datang. Kami akan mengeluarkan waran tangkap," kata Tan Sri Khalid.



Menurutnya, dua orang itu masih berada di Malaysia dan kedutaan tidak memberi kerjasama sepanjang kes itu.



Masih tidak jelas sama ada polis akan dapat menyoal Encik Hyon kerana beliau menikmati kekebalan diplomatik. Memandangkan ketegangan antara kededua negara, Pyongyang tidak mungkin mengetepikan kekebalan pegawai itu, yang ketika ini bukan seorang suspek.



Kedutaan Korea Utara di KL telah berulang kali menuduh Malaysia bersubahat dengan musuh-musuhnya untuk mengaitkan pembunuhan itu dengan Pyongyang. Ini menyebabkan kata-kata keras digunakan dan Malaysia memanggil pula dutanya dari Korea Utara. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >