Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Utara uji peluru berpandu antipesawat

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Utara dilaporkan telah menguji satu peluru berpandu antipesawat 'baru dibangunkan' semalam.



Ia merupakan antara siri pelancaran ujian senjata terkini sejak kebelakangan ini.



"Prestasi tempur luar biasa peluru berpandu itu telah disahkan, bersama pengenalan teknologi utama yang baru," lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) semalam.



Ujian itu menyusuli siri pelancaran senjata, termasuk satu pada minggu ini yang didakwa negara bersenjata nuklear itu sebagai peluru berpandu luncur hipersonik yang mampu terbang pada kadar lima kali kelajuan bunyi.



Pelancaran ujian berkenaan mencetuskan kegusaran antarabangsa, dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung semalam.



Pada awal bulan lalu, Pyongyang mengumumkan kejayaannya melancarkan peluru berpandu layar jarak jauh, selepas mengadakan satu perarakan ketenteraan.



Program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara sudah dilarang di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB, sekali gus menyaksikan pelbagai sekatan antarabangsa dikenakan ke atas negara itu.



Namun, Korea Utara masih belum menunjukkan sebarang kesediaan untuk 'melepaskan' senjatanya yang didakwa diperlukan bagi mempertahankan negara itu daripada pencerobohan Amerika, iaitu sekutu kepada Korea Selatan.



Washington dan Seoul adalah sekutu keselamatan, dengan Amerika menempatkan kira-kira 28,500 tentera di Korea Selatan bagi melindunginya daripada negara jiran. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >