Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Amerika dan Mexico rancang tutup sempadan kepada 'perjalanan tidak penting'

Mar 20, 2020 | 06:15 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Mexico sedang melakar rancangan untuk menutup sempadan mereka kepada perjalanan tidak penting akibat wabak Covid-19, kata Jabatan Negara pada Khamis (19 Mac).


Keputusan itu dibuat sedang langkah serupa dijangka berkuat kuasa di sepanjang sempadan utara dengan Canada menjelang Sabtu.


Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo dan Setiausaha Luar Negara Mexico Marcelo Luis Ebrard Casaubon bercakap mengenai "menyelaraskan rancangan untuk menyekat perjalanan tidak penting di sempadan bersama kita sebagai tindak balas kepada pandemik Covid-19", kata jurucakap Jabatan Negara Morgan Ortagus.


"Kedua-dua pemimpin itu membincangkan pentingnya mewujudkan strategi Amerika Utara yang selaras untuk mengurangkan risiko kesihatan awam kepada masyarakat kita dan menangani cabaran yang semakin meningkat bersama-sama dengan lebih berkesan." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >