Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Australia laporkan kematian pertama

Mar 1, 2020 | 11:19 AM
Dalam gambar yang diambil pada 29 Februari, orang ramai yang memakai pelitup sedang berjalan di Flinders Street Station selepas kes jangkitan koronavirus disahkan di Melbourne.
Dalam gambar yang diambil pada 29 Februari, orang ramai yang memakai pelitup sedang berjalan di Flinders Street Station selepas kes jangkitan koronavirus disahkan di Melbourne. - Reuters

SYDNEY - Seorang lelaki yang sedang dirawat untuk koronavirus Covid-19 telah mati di Hospital Sir Charles Gairdner di Perth, Australia, menurut laporan televisyen Channel 9, pagi Ahad ini (1 Mac).

Lelaki itu adalah antara warga Australia yang diterbangkan keluar dari Jepun dan diasingkan selepas dikuarantin dalam kapal peleseran Diamond Princess.

Hospital itu tidak boleh dihubungi untuk memberi komen, menurut laporan itu.

Lelaki berusia 78 tahun itu mati di hospital tersebut pada pagi tadi, kata agensi berita Reuters yang melaporkan Ketua Pegawai Kesihatan Australia Barat, Andrew Robertson sebagai mengatakan demikian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg