Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Dunia

Koronavirus: Bagaimana seorang lelaki merebaknya dari S’pura ke UK melalui pergunungan Alps

Feb 11, 2020 | 10:32 AM

PARIS: Seorang lelaki Britain yang dijangkiti koronavirus telah merebaknya kepada sekurang-kurangnya 11 lagi orang tanpa menjejakkan kaki ke pusat wabak virus itu di China, yang menunjukkan bagaimana virus berbahaya ini dapat menular dengan pantas di seluruh dunia.

Lelaki itu, yang tidak dinamakan secara umum, menghidap virus itu semasa menghadiri satu persidangan di Singapura dan kemudian menjangkiti beberapa lagi rakan ketika bercuti di pergunungan Alps di Perancis, sebelum akhirnya disahkan menjangkiti virus itu di United Kingdom. 

Daripada mereka yang telah menjangkiti virus itu, lima orang telah dimasukkan di hospital di Perancis, lima orang di Britain dan seorang lagi lelaki di pulau Sepanyol, Mallorca.

Bagaimanakan lelaki Britain itu telah menjangkiti koronavirus baru ini dengan cepat di pelbagai tempat yang berbeza?

 

SINGAPURA

Lelaki itu menghadiri persidangan perniagaan di Singapura dari 20 hingga 22 Januari. Lebih 100 orang telah menyertai persidangan itu, termasuk seorang warga China dari wilayah Hubei, pusat wabak virus yang telah meragut lebih 900 nyawa.

 

HAUTE-SAVOIE, PERGUNUNGAN ALP PERANCIS

Beliau kemudian ke Perancis untuk bercuti selama beberapa hari dari 24 hingga 28 Januari di resort ski Contamines-Montjoie di pergunungan Alps dengan sekumpulan warga Britain lain dan mereka menetap di dua apartmen dalam chalet yang sama. 

 

BRIGHTON, ENGLAND

Mengalami demam selepas kepulangannya ke selatan England, lelaki itu pergi ke pusat perubatan di bandar tenggara Brighton, yang mengesahkan beliau menjangkiti virus itu.

Lima orang lagi yang telah berinteraksi rapat dengannya di chalet ski Perancis itu telah disahkan menjangkiti virus oleh pihak berkuasa kesihatan Britain.

 

PARIS

Menteri Kesihatan Perancis Cik Agnes Buzyn pada 8 Februari lalu berkata bahawa lima warga Britain - termasuk seorang kanak-kanak - yang tinggal di chalet bersama lelaki itu telah diuji positif bagi virus itu.

Enam lagi warga Britain yang tinggal di chalet sama juga telah ditempatkan di hospital untuk pemantauan.

 

MALLORCA, SEPANYOL

Seorang ahli kumpulan yang lelaki itu tinggal bersama di Perancis kemudian meminta bantuan perubatan selepas pulang ke rumahnya di Mallorca. Pencemaran virus berlaku antara 25 Januari dengan 29 Januari, menurut pihak berkuasa Sepanyol.

Lelaki di Mallorca itu “kini berada dalam keadaan baik, dia tidak menunjukkan sebarang simptom," kata pegawai kementerian kesihatan Sepanyol, Encik Fernando Simon. - AFP, BLOOMBERG