Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Beberapa negara Eropah lapor kes baru berkait dengan penularan di Italy

Feb 26, 2020 | 09:48 PM



ROM/PARIS: Beberapa negara Eropah telah mencatat kes koronavirus pertama mereka, dengan banyak jangkitan baru di rantau itu didapati berkait dengan wabak yang semakin merebak di Italy.


Austria, Croatia, Perancis, Greece, Sepanyol dan Switzerland semuanya melaporkan kes baru melibatkan orang yang pernah ke Italy.


Beberapa kes pertama di negara Afrika Utara, Algeria dan Brazil di Amerika Latin juga diimport dari Italy.


Kes-kes baru itu menunjukkan betapa jauh dan cepat penyakit itu - yang pertama kali dikenal pasti di China bulan lalu - boleh merebak.


Italy kini menjadi negara di Eropah yang paling teruk dilanda Covid-19, dengan lebih 370 jangkitan dan 12 kematian.


Semua yang meninggal dunia sejauh ini adalah orang tua dan kebanyakannya mempunyai masalah kesihatan lain.


Penyakit itu - yang pertama kali dikesan di Italy di Lombardy dan Veneto - kini telah merebak ke tujuh daerah lain, termasuk Sisilia di selatan.


Pihak berkuasa telah menutup sekolah, muzium dan teater di kebanyakan kawasan utara.


Banyak negara telah menasihati warga negara mereka untuk tidak melawat utara Italy, dan hotel telah melaporkan banyak pembatalan tempahan bilik.


Penganalisis memberi amaran wabak itu dapat menghancurkan ekonomi rapuh Italy ke kemelesetan keempatnya dalam tempoh 12 tahun. - AFP/Reuters.   




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >