Koronavirus: Canada akan pindahkan rakyat dari kapal persiaran di Jepun, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Koronavirus: Canada akan pindahkan rakyat dari kapal persiaran di Jepun

Feb 20, 2020 | 12:10 PM

OTTAWA: Pemerintah Canada akan mula memindahkan warganya dari kapal persiaran yang dilanda virus dan dikuarantin dekat Yokohama, Jepun, pada malam Khamis (20 Februari), kata Menteri Luar Francois-Philippe Champagne pada Rabu.

"Pesawat yang disewa pemerintah kini berada di Tokyo. Kami akan memulakan pemeriksaan sebelum penerbangan dan pengeluaran dari kapal esok malam waktu tempatan," kata Encik Champagne kepada wartawan di Ottawa.

Orang yang mempunyai simptom koronavirus tidak akan dibenarkan keluar, dan mereka yang diuji positif akan dirawat di Jepun, tambahnya.

Terdapat 251 warga Canada di atas Diamond Princess dan 47 telah diuji positif.

Sebaik tiba di Canada, mereka akan dibawa ke pangkalan latihan penerbangan di Ontario untuk dikuarantin selama 14 hari.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kapal persiaran Diamond Princess, yang pada mulanya mempunyai 3,700 penumpang dan anak kapal, telah dikuarantin sejak awal bulan ini.

Canada sebelum ini telah mengeluarkan hampir 400 orang dari bandar Wuhan di China yang dilanda koronavirus. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map