Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Doktor China yang beri amaran tentang wabak telah meninggal dunia

Feb 7, 2020 | 8:16 AM
BERI AMARAN: Dr Li Wenliang telah memberi amaran kepada rakan kerjanya tentang kelompok penyakit membimbangkan yang menyerupai Sars,
BERI AMARAN: Dr Li Wenliang telah memberi amaran kepada rakan kerjanya tentang kelompok penyakit membimbangkan yang menyerupai Sars, - Foto: WEIBO

BEIJING: Seorang doktor dari China yang merupakan antara yang pertama memberi amaran mengenai wabak koronavirus baru telah meninggal dunia akibat jangkitan virus itu pada hari Jumaat (7 Februari).

Pakar penyakit mata, Dr Li Wenliang, meninggal dunia pada 2.58 pagi, kata Hospital Pusat Wuhan, di akaun rasmi hospital itu di platform media sosial Weibo.

Akhbar The New York Times melaporkan tentang doktor itu pada Sabtu lalu (1 Feb), merakam usahanya memberi amaran kepada rakan kerjanya tentang kelompok penyakit membimbangkan yang menyerupai Sars, juga sejenis koronavirus yang menjejas China hampir dua dekad yang lalu.

"Jika pegawai telah mendedahkan maklumat mengenai wabak ini lebih awal, saya fikir keadaannya akan lebih baik. Harus ada keterbukaan dan ketelusan lebih tinggi," kata Dr Li kepada akhbar itu.

Sedang pegawai di China cuba memerangi wabak itu, mereka juga telah menghadapi kritikan mengenai respons awal mereka kepada wabak itu yang mula menular di Wuhan, bandar di wilayah Hubei, dengan 11 juta penduduk. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg