Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Dua Masjid Suci di Arab Saudi sedia hadapi wabak virus

Feb 28, 2020 | 11:56 AM
Pejabat Presiden Besar bagi Ehwal Dua Masjid Suci mencuci dan menyahjangkit lantai Masjidil Haram di Makkah empat kali sehari sebagai sebahagian langkah untuk memastikan keselamatan jemaah dan pelawat. - Foto SPA
Pejabat Presiden Besar bagi Ehwal Dua Masjid Suci mencuci dan menyahjangkit lantai Masjidil Haram di Makkah empat kali sehari sebagai sebahagian langkah untuk memastikan keselamatan jemaah dan pelawat. - Foto SPA -

MAKKAH: Pejabat Presiden Besar bagi Ehwal Dua Masjid Suci telah mengumumkan kesediaannya untuk menangani sebarang kes koronavirus.

Ini termasuk menyediakan maklumat kepada jemaah dan menggandakan waktu pembersihan di halaman dan koridor Masjidil Haram di Makkah.

Penolong setiausaha bagi ehwal khidmat di pejabat presiden, Encik Abdulhamid Al-Maliki, berkata kepada Arab News berkata beliau sedang berganding bahu dengan agensi pemerintah dan swasta untuk mengagihkan pelitup dan sanitiser tangan.

Lantai Masjidil Haram di Makkah telah dicuci dan dinyahjangkit empat kali sehari sebagai sebahagian langkah untuk memastikan keselamatan jemaah dan pelawat.

Terdapat 13,500 sejadah di masjid itu, di mana semuanya disapu dan diwangikan setiap hari, kata pengarah jabatan pembasmian kuman dan karpet masjid, Encik Jaber Widaani. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg