Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Dunia

Koronavirus: Dua penumpang kapal pesiaran yang berlabuh di Jepun mati

Feb 20, 2020 | 12:43 PM

TOKYO: Dua penumpang dari kapal persiaran yang dilanda koronavirus yang berlabuh dekat Tokyo telah meninggal dunia, kata penyiar awam NHK pada Khamis (20 Februari).

Lebih 620 penumpang di atas kapal Diamond Princess menjangkiti virus itu di dalam kapal, yang telah dikuarantin sejak 3 Februari lalu.

Kapal itu pada mulanya mempunyai sekitar 3,700 penumpang dan anak kapal.

NHK, memetik sumber kerajaan, berkata penumpang yang meninggal dunia ialah lelaki dan wanita berusia 80-an tahun.

Jepun mempunyai lebih separuh kes jangkitan koronavirus Covid-19 yang disahkan di luar China.
Penyebaran cepat penyakit itu telah mencetuskan kritikan terhadap pihak berkuasa hanya beberapa bulan sebelum Tokyo dijangka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas.

Dalam usaha menenangkan hati orang ramai, kementerian kesihatan telah mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Inggeris dan Jepun yang menyatakan semua penumpang telah dikehendaki berada dalam kabin mereka sejak 5 Februari bagi membendung penularan virus itu. - Reuters. 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian